Thursday, August 16, 2018

Blog MGB Negeri Melaka

PERHATIAN

Dengan ini dimaklumkan url bagi blog MGB Negeri Melaka

Harap Maklum

url Blog Rasmi MGB Negeri Melaka.
http://mgbnegerimelaka.blogspot.com

Cuti Pertengahan Penggal ke 2, 2018


Pembentangan Perkongsian Amalan Terbaik Komuniti pembelajaran Profesional PLC Daerah Jasin


Bertempat di Bilik Mesyuarat Abdullah Hassan PPD Jasin, pada 14 dan 15 Ogos, telah belangsung pembentangan perkongsian amalan terbaik komuniti pembelajaran profesional (PLC) daerah Jasin.

Tahniah diucapkan kepada semua GB Kawasan Jasin yang terlibat.


GB Ishamudin dari SK Chabau



GB Imran dari SK Nyalas



GB Azman dari SK Serkam Darat



GB Nizam dari SK Ayer Baruk

Thursday, July 26, 2018

Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama PGB Negeri Melaka.

Satu perjumpaan telah diadakan diantara Pengarah JPN Melaka bersama Pengetua dan Guru Besar Negeri Melaka di ketetapan :

26 Julai 2018
8.30 pagi
Dewan SKJ C Ping Ming

Antara intipati kehendak Pengarah :-

1. Penubuhan JK Pembangunan Nilai dan Sahsiah sekolah

2. Guru-guru dilarang membawa rotan. Rotan cuma ada di bilik GB dan ikut SOP.

3. Perhimpunan :-
Rukunegara dibaca dari mula,
3 lagu sahaja Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Lagu Sekolah,
Ikrar Integriti/Kakitangan Awan dibaca selang-selang pada setiap awal bulan,
Galak dan bimbing murid menguruskan perhimpunan rasmi atau majlis rasmi.

4. Sapaan cara Malaysia, tangan kanan di atas dada kiri dan tunduk sedikit, senyum dan sambil murid beri salam.

5. Sudut Pidato/Speakers Corner untuk galakkan murid-murid membuat pengucapan awam.

6. Pengurusan Aduan hendaklah ambil tindakan dlm masa 1/3/7 jam.

7. Antara yang boleh mula dilaksanakan secara beransur-ansur ialah makan bersama-sama murid di kantin waktu rehat dan berkongsi tandas







.

Friday, July 20, 2018

Salam Perpisahan "Ustaz Kadir SR Arab JAIM Selandar"

MGB Kawasan Jasin mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya buat Ustaz Kadir Guru Besar SR Arab JAIM Selandar diatas pergerakan ke SR Arab JAIM Batang Tiga mulai 23 Julai 2018, beliau yang telah mula bertugas di kawasan Jasin mulai tahun 1998 telah berjaya menawan hati semua Guru Besar di Kawasan Jasin. Watak sangat bersahaja, mesra dan mudah bergaul pasti akan dirindui oleh semua warga MGB Kawasan Jasin.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya Ustaz Kadir.

Wednesday, July 18, 2018

Sesi bimbingan Program Susulan Program Penerapan Nilai Perpaduan Untuk PGB Melaka, (FUFT)

Sekolah2 yg terlibat adalah sekolah yg GB/Pengetua telah menghadiri Kursus Yg dianjurkan oelh IAB, pada hujung tahun lalu 2017.

1. Fokus Pengurusan Perpaduan oleh pihak sekolah; Spt:  kepelbagaian kaum, RIMUP, Prog. Silang Budaya dll;

2. Pelaksanaan Aktiviti Perpaduan oleh pihak sekolah (Rujuk: SKPMg2_Aspek: 2.6)

3. Nilai Perpaduan diterapkan di sekolah; Cth: Aktiviti Kurikulum(PdP); Koko - ko-akademik dan HEM.

4. Pemantauan Prog. Aktiviti Perpaduan di peringkat sekolah ( bagaimana ?)

5. Penilaian prog/akt perpaduan yg tlh dilaksanakan oleh pihak sekolah

6. Tindak Susul/Penambaikan Prog/Akt Perpaduan yg tlh diambil

7. Tanda/Lambang/Ikon ttg Perpaduan yg ada di kawasan sekolah: Cth: Dataran Perpaduan; Pondok Perpaduan; dll

8. Pengurusan fail am435 dan fail dokumentasi (wujudkan)















Tuesday, July 17, 2018

Johan Individu dan Tempat Ketiga Boling MGB Kebangsaan

Bertempat di Sunway Bowl Centre Subang USJ, telah dipertandingan Tenpin Bowling MGB Peringkat Kebangsaan.

Pasukan MGB Negeri Melaka telah di wakili oleh Guru Besar Negeri Melaka :

1. Cikgu Imran b Lamin - SK Nyalas
2. Cikgu Nor Kahar b Mohamed - SK Jus
3. Cikgu Zamhuri b Md Yatim - SK masjid Baru.

Keputusan

1. Jatuhan pin terbanyak - Cikgu Imran bin Lamin.
2. Tempat ketiga keseluruhan berpasukan.

Terima kasih buat Cikgu Nizam dari SK Ayer Baruk yang telah menguruskan pasukan ini dengan baik.

Tahniah

~admin



Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Ke 34 - Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia 2018


Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Ke 34 - Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia 2018 telah di adakan di Hotel Summit Subang USJ, pada 9 - 12 Julai 2018.

Tema " Guru Besar Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan Era Malaysia Baharu"

Anggaran kehadiran : 700 orang Guru Besar dari seluruh Malaysia.


Wakil MGB Dari Kawasan Jasin



Johan Persembahan 



Tahniah Hj Buang Bendahari Agung MGB Negeri Melaka


Makan malam


Wakil MGB dari Negeri Melaka



Persaraan Cikgu Othman b Wahid , Guru Besar SK Seri Machap



Pada 28 Jun 2018 , bertempat di Dewan Sk Seri Machap telah berlangsung Majlis Persaraan Cikgu Othman bin Wahid Guru Besar SK Seri Machap.

Selamat Bersara dan didoakan cikgu beroleh kesejahteraan dan kegembiraan bersama keluarga.



Mesyuarat Exco MGB Kawasan Jasin bil2/2018

Taklimat profesionalisme dan Mesy Ajk Mgb Kawasan Jasin Bil 1/2018 sesi 2018/2021...
Tarikh:05.07.18(khamis)
Masa:1.45 tghari
Tempat:Sk Air Baruk
Ucaptama: Kppd Jasin







Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2018

MGB Kawasan Jasin telah bersama MGB Negeri Melaka ke Putrajaya bagi memeriahkan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 16 Mei 2018 yang lalu.

Bersama ini disertakan gambar sepanjang program tersebut berjalan.

~admin

MGB Kawasan Jasin



Bersama SUA dan YDP MGB Negeri

Makan malam MGB Kawasan Jasin






Bersama sahabat dari PPD Jasin