Tuesday, September 1, 2020

MAJLIS PERSARAAN GB AMIR BIN MD DEH - SK FELDA BUKIT SENGGEH

 


9 Julai 2020, MGB Kawasan Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada GB Amir yang telah menamatkan perkhidmatannya dalam kerajaan, semoga GB Amir dikurniakan kesihatan yang baik dan gembira dengan apa yang bakal dilaksanakan selepas ini.

Tahniah Boss..


video persaraan GB Amir

MAJLIS PERSARAAN GB ISHAMUDDIN BIN AB HADI -SK CHABAU




 MGB Kawasan Jasin mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih atas perkhidmatan GB Ishamuddin sepanjang bergelar guru, segala kenangan bersama akan kekal sebagai memori indah yang akan dikenang bersama. Semoga GB Isham dikurniakan kesihatan yang baik, sihat, ceria dan gembira selalu.








Monday, February 10, 2020

14 AMANAT & ASPIRASI KPM 2020



















MGB JASIN MENZIARAH GB ZAHARIEL SK SERI MENDAPAT

MGB Kawasan Jasin telah mengadakan ziarah cakna dengan menziarah GB Zahariel dari SK Seri Mendapat yang tidak sihat . Semoga GB Zahariel kembali sihat hendaknya






PELANCARAN PROG ZIARAH CAKNA DAERAH JASIN 2020

Pelancaran Program Ziarah Cakna Daerah Jasin telah diadakan pada :

                   10 Februari 2020 (Isnin)
                   8.00 pagi
                   Dewan Seminar Yusof Ahmad PPD Jasin

Disempurnakan oleh Tuan KPPD Jasin Tuan Haji Baharudin bin Husin. Antara yang hadir adalah Pengetua dan Guru Besar dikawasan Jasin dan Pengerusi PIBG.

Ucaptama Tn Haji Baharudin bin Husin








Thursday, February 6, 2020

DTP - Dialog Prestasi Sekolah Rendah Bil 1/2020

DTP - Dialog Sekolah Rendah bil 1/2020 peringkat PPD Jasin telah diadakan pada ketetapan :

Tarikh: 3 Februari 2020
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Dewan Yusof Ahmad

Sebahagian GB Kawasan Jasin yang hadir

Taklimat Tuan Timbalan

Taklimat Tuan KPPD Jasin



Wednesday, January 29, 2020

Al Fatihah - GB Omar bin Ismail


MGB Kawasan Jasin merakamkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Cikgu Omar bin Ismail, mantan Guru Besar SK Chinchin yang telah kembali keramahtullah pada 29 Januari 2020 bersamaan dengan 4 Jamadilakhir 1441H.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat  dan ditempatkan bersama hamba Allah yang solleh.

Al- Fatihah

Tuesday, January 21, 2020

YAB TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD - MEMANGKU JAWATAN MENTERI PENDIDIKAN


Dr Habibah Ab Rahim - KPPM




KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pelantikan Dr Habibah Abdul Rahim sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa 10 Januari lalu.
KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, Habibah, 58, menggantikan Datuk Dr Amin Senin yang bersara wajib pada 21 Disember lalu.
Menurutnya, Habibah adalah KPPM yang ke-17 dan wanita kedua menggalas jawatan itu.


Beliau memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada 1986 sebagai guru di beberapa sekolah di Selangor dan Kedah sebelum menyambung perkhidmatan di pelbagai organisasi di KPM.
“Antara jawatan yang pernah disandangnya di KPM termasuk Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Pengarah Eksekutif Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan dan Pensyarah Kanan di Institut Aminuddin Baki.
“Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Biologi dari University of Salford, United Kingdom pada 1984. Beliau kemudian meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Pendidikan di University of Bristol, United Kingdom pada 1993,” katanya.
Menurutnya, Habibah memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan dari Stanford University, Amerika Syarikat pada 2001.
Katanya, berbekalkan kepakaran, pengalaman dan pencapaian yang cemerlang, KPM yakin Habibah mampu untuk terus meningkatkan prestasi pendidikan negara selaras hasrat yang diaspirasikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025.

sumber : Harian Metro

MGB Melaka bersama Exco Pendidikan YB. DATUK NOOR EFFANDI BIN AHMAD



Satu program bertempat di Auditorium Masjid Al Azim, Khamis 16 Januari 2020, telah berlansung perjumpaan diantara Exco Pendidikan Negeri Melaka YB Datuk Noor Effandi bin Ahmad bersama Pengetua dan Guru Besar Sekolah Negeri Melaka.

Dalam perjumpaan tersebut, YB Datuk telah menyampaikan hasrat beliau supaya PGB Negeri Melaka memacu kejayaan dan kemenjadian murid di Negeri Melaka khasnya ke arah yang lebih positif dan mampan secara holistik.

Turut hadir Pengarah Pelajaran Negeri Melaka Dr Mohd Azam bin Ahmad.

Ucapan YB Datuk Noor Effandi bin Ahmad


Ucapan Dr Mohd Azam bin Ahmad

Penyerahan cenderahati dari MGB Melaka GB Ali bin Yusof kepada YB Exco Pendidikan

Monday, January 20, 2020

MGB Jasin bersama Tuan KPPD Jasin 2020

Satu perjumpaan diantara MGB Kawasan Jasin bersama Tuan KPPD Jasin, Tuan Hj Baharuddin Bin Husin telah diadakan di PPD Jasin pada, 20 Januari 2020 jam 2.30 petang.

MGB Jasin telah diwakili oleh barisan exco MGB Kawasan dan diketuai oleh GB Imran bin Lamin, manakala PPD Jasin diwakili oleh tuan KPPD sendiri bersama timbalan dan beberapa orang pegawai.

Pada perjumpaan tersebut beberapa perkara yang melibatkan pengurusan antara sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah telah dapat mencapai kata sepakat.

Semoga kerjasama in dapat menghasilkan output yang positif .

Terima kasih tuan.





Majlis Persaraan GB Daud - GB SK Terentang

MGB Kawasan Jasin mengucapkan selamat bersara buat GB Daud dari SK Terentang kerana 16 Januari 2020 merupakan tarikh akhir perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam, dan mendoakan semoga GB Daud kekal sihat, ceria dan gembira di alam persaraan.

GB Daud tidak dapat bersama kerana menghadiri rawatan susulan di Hospital Melaka dan diwakili oleh Penolong kanan Pentadbiran SK Terentang.

Tahniah dan selamat bersara.

GB Imran mewakili MGB Kawasan Jasin menyampaikan cenderamata kepada wakil GB Daud 

HJ Buang GB SK Jasin Bendari Agong MGB Negeri Melaka menyampaikan cenderamata mewakili MGB Negeri Melaka

Majlis Pelancaran Pendidikan Sivik, Peringkat Negeri Melaka 2020

Majlis Pelancaran Pendidikan Sivik Peringkat Negeri Melaka 2020 telah diadakan pada 10 Januari 2020 bersamaan hari Jumaat , jam 3.00 petang , bertempat di SMK Seri Mahkota Merlimau.

Majlis telah disempurnakan oleh Dato Dr Mohd Ghazali bin Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Dr Mohd Azam bin Ahmad.

Ucapan Pengarah Melaka

Amanat Dato KSU